Senin, 24 Desember 2007

Bahaya Meroko

Penyakit Paru Obstruksi Kronik (PPOK) perlu diwaspadai mereka yang memiliki kebiasaan merokok. Soalnya, selama ini PPOK belum banyak diketahui masyarakat, padahal hampir 80 persen perokok dipastikan bakal mengalami PPOK.

Penderita PPOK umumnya mengalami batuk dan sesak napas serta terjadi secara berulang-ulang, yang memberikan gejala klinis kronis (menahun) dan perlahan-lahan semakin lama semakin bertambah berat.

Suradi mengungkapkan, ada dua bentuk utama PPOK, yaitu bronkitis kronis dan emfisema paru. Yang disebut bronkitis kronis adalah keradangan saluran napas kronis yang ditandai dengan gejala batuk berdahak minimal tiga bulan dalam setahun dan sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut. Sementara emfisema paru merupakan pelebaran alveoli (gelembung udara paru) yang disertai dengan kerusakan dinding (septum interalveoler). Sehingga, beberapa gelembung paru menyatu (over inflasi), yang akan mengakibatkan keluhan sesak napas menetap dan mempunyai kecenderungan semakin lama semakin berat.

Menurut Dr Suradi, penyakit PPOK di Indonesia menempati urutan ke-5 sebagai penyakit yang menyebabkan kematian. Sementara data dari Organisasi Kesehatan Dunia (WHO) menyebutkan, pada tahun 2010 diperkirakan penyakit ini akan menempati urutan ke-4 sebagai penyebab kematian. "Pada dekade mandatang akan meningkat ke peringkat ketiga. Dan kondisi ini tanpa disadari, angka kematian akibat PPOK ini makin meningkat," ujarnya.

Menurut Dr Suradi pula, pengobatan terhadap penyakit ini tidak akan bisa menyembuhkan 100 persen. Sedangkan pengobatan berupa suportif paliatif hanya untuk memperbaiki hidup. Sementara untuk harga obat, bisa mencapai dua hingga tiga kali lipat dari obat TBC. Selain itu, obat-obatan tersebut juga harus dikonsumsi seumur hidup. (Endang Kusumastuti)

BAGAIMANA MENCARI KETENANGAN JIWA

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah


HIBURAN YANG DIANJURKAN ISLAM

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.

Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.

(Surah Al-Baqarah: 138)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala tafsirnya :

“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.

(Surah Yunus: 6)

Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:

“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.

(Hadis riwayat Muslim )

Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”.

(Surah Al-Zumar: 23)

FirmanNya lagi yang tafsirnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.

(Surah Al-Anfaal: 2)

Dan firmanNya lagi yang tafsirnya :

“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”.

(Surah Al-Hajj: 35)

Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”.

(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)

apa itu registry?
Secara mudahnya registry Windows ialah gudang atau pusat maklumat tentang aspek-aspek komputer yang sedang digunakan - seperti perkakasan, sistem operasi, aplikasi dan pengguna. Ia boleh diakses dan dikemaskini dengan menggunakan perisian penyunting registry.

Sejarah Registry
Registry di dalam Windows telah bermula sejak zaman Windows 3.1 lagi. Dalam Windows 3.1, fail registry ini dikenali dengan nama REG.DAT yang mana fungsi utamanya ialah untuk menyimpan maklumat tentang objek OLE. Kebanyakan konfigurasi data akan disimpan ke dalam fail-fail INI seperti WIN.INI dan SYSTEM.INI.

Registry moden seperti Windows 9x dan NT, telah membawa bersama-sama maklumat yang terdapat di dalam REG.DAT dan fail-fail INI, dalam bentuk yang baru dan dikenali dengan nama Registry.

Registry mempunyai beberapa kelebihan berbanding fail INI. Sebelum maklumat disatukan, ia memudahkan aplikasi untuk mengakses data yang diperlukan. Teknik ini lebih tersusun, dan sesuai untuk menyimpan maklumat yang besar berbanding fail INI.

Storan
Meskipun registry selalunya dianggap wujud dalam satu entiti, isi kandungannya secara tepat disimpan di dalam lebih dari satu fail secara fizikal. Dalam Windows 9x, dua fail registry yang terpenting ialah SYSTEM.DAT dan USER.DAT. Kedua-duanya menyimpan maklumat tentang komputer dan pengguna secara spesifik. Dalam Windows NT, registry diperluaskan kepada beberapa siri fail lain, kadang kala dipanggil sarang (hives).

SYSTEM.DAT dan USER.DAT selalunya disimpan di dalam direktori Windows. Namun begitu, ia boleh juga diletakkan di dalam direktori komputer lain di dalam network dan membolehkan pengguna log masuk dari stesen kerja (workstation). Dalam NT, fail sarang ini (hive) terletak di dalam direktori SYSTEM32\CONFIG.

Nama lain (Aliases)
Cuba buka HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Classes, kemudian buka HKEY_CLASSES_ROOT dan buat perbandingan kedua-dua akar kunci ini. Persamaan kandungan yang terdapat pada kedua-dua kunci ini adalah disebabkan HKEY_CLASSES_ROOT ialah satu nama lain (alias) untuk HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Classes. Perlu diingat nama lain (alias) bukanlah satu salinan. Lebih tepat ia adalah maklumat yang sama tetapi ditunjukkan di bahagian yang lain. Jika anda menyunting data pada alias ini, perubahan ini akan juga memberi kesan kepada pokok (tree) yang satu lain, begitulah sebaliknya.

Struktur Registry
Apabila anda melihat registry menggunakan penyunting Registry, anda akan dapati dengan jelas bentuk hirarkinya. (Untuk melancarkan penyunting ini, jalankan REGEDIT.EXE dari menu Start/Run. Saya akan jelaskan dengan lebih lanjut pada siri artikel akan datang.) Penyunting ini akan mempersembahkan registry dalam bentuk seperti Explorer, dengan pokok (tree) di sebelah kiri dan data di sebelah kanan (lihat Rajah 1).



Rajah 1: Penyunting Registry

Pokok registry boleh dibahagikan kepada 6 (5 dalam NT/XP/2000). Bahagian-bahagian ini, yang mana semua namanya bermula dengan HKEY_, juga dipanggil kunci akar (root keys) atau kunci peringkat-atas (top-level keys) seperti berikut:

HKEY_CLASSES_ROOT

HKEY_CURRENT_USER

HKEY_LOCAL_MACHINE

HKEY_USERS

HKEY_CURRENT_CONFIG

HKEY_DYN_DATA



Setiap kunci akar mengandungi anak kunci (sub-keys), di mana juga mengandungi tambahan anak-anak kunci berikutnya. Peringkat kunci terbawah sekali disepanjang cabang ini dipanggil nilai (values).

Ibaratkan cakera keras sebagai contoh, kunci adalah sama seperti direktori manakala nilai pula sama seperti fail. Kunci dan nilai kedua-duanya mengandungi data, di mana datanya boleh mengandungi nilai binari (binary) atau string ASCII.

HKEY_CLASSES_ROOT
HKEY_CLASSES_ROOT ialah kumpulan paling utama yang mengepalai kunci akar. Windows menggunakan kumpulan ini untuk mengurus semua jenis fail. Di sini, sebagai contohnya ialah tempat di mana jenis fail BMP dikenalpasti dan akan dibuka dengan program Windows "Paint". Oleh kerana terdapat terlalu banyak fail yang berlainan jenis, senarai kunci di bawah HKEY_CLASSES_ROOT akan kelihatan begitu panjang. Jika anda memasang program baru, senarai ini akan menjadi semakin panjang.

HKEY_USERS
HKEY_USERS mengandungi semua latar belakang pengguna. Maklumat setiap pengguna (jika anda memasang lebih dari satu pengguna) akan disimpan berasingan mengikut profil masing-masing. Profil-profil ini mengandungi maklumat tentang wallpaper, sound, skim warna yang digunakan, screen saver dan lain-lain. Di sini juga anda boleh dapati perisian yang digunakan oleh pengguna secara spesifik.

HKEY_CURRENT_USER
HKEY_CURRENT_USER ialah tempat untuk menyimpan maklumat tentang pengguna waktu sekarang. Ia adalah nama lain (alias) bagi HKEY_USERS. Jika pengguna sekarang mengubah sesuatu seperti wallpaper contohnya, Windows atau program yang seumpama dengannya akan menyimpan terlebih dahulu maklumat tersebut di bawah HKEY_CURRENT_USER. Setelah pengguna sekarang log-off dari komputer, windows akan menyimpan semua maklumat tadi ke dalam profil di bawah HKEY_USERS secara kekal. Tujuannya ialah untuk memastikan setiap perubahan yang dilakukan hanya akan memberi kesan pada pengguna sekarang sahaja dan tidak pada pengguna-pengguna lain.

HKEY_LOCAL_MACHINE
HKEY_LOCAL_MACHINE mengandungi semua maklumat tentang perkakasan yang dipasang. Semua maklumat yang tersimpan adalah untuk semua pengguna, tidak tertakluk pada satu-satu profil. Tambahan lagi, kunci ini juga mengandungi perisian yang digunakan oleh semua pengguna.

HKEY_CURRENT_CONFIG
HKEY_CURRENT_CONFIG ialah nama lain (alias) bagi HKEY_LOCAL_MACHINE\Config\nnnn (nnnn ialah nombor profil) mengandungi profil perkakasan yang dipasang. Setiap profil mempunyai kunci tersendiri yang dipanggil 0001, 0002 dan sebagainya di mana ia menyimpan maklumat konfigurasi profil.

HKEY_DYN_DATA
HKEY_DYN_DATA pula (tidak terdapat dalam Windows NT/2000/XP) berfungsi sedikit berbeza dengan kunci-kunci yang lain. Kunci ini adalah salinan sementara yang diperlukan supaya Windows dapat mengakses data registry dengan cepat. Ia dicipta semasa komputer dihidupkan (boot) dan akan disingkirkan setelah komputer dimatikan (shutdown). Terdapat 2 anak kunci yang terdapat dibawahnya iaitu Config Manager yang menyimpan maklumat konfigurasi perkakasan seperti yang dapat dilihat pada Plug-and-Play Configuration Manager. Anak kunci yang satu lagi dipanggil PerfStats yang mengandungi maklumat persembahan tentang komponen network.

Penyunting Registry
Alat utama untuk menyunting registry ialah Microsoft Registry Editor, REGEDIT.EXE. Terdapat juga peralatan yang dikeluarkan oleh pihak ketiga.

Windows NT/2000/XP pula didatangkan dengan penyunting kedua: REGEDT32.EXE. Produk ini menyokong beberapa ciri-ciri spesifik-NT di mana tidak terdapat pada REGEDIT.EXE, seperti kebolehannya untuk mengawal keselamatan. Bagaimanapun, ia masih kurang dari segi fungsi carian berbanding versi REGEDIT.EXE. Windows NT/2000/XP juga didatangkan dengan REGEDIT.EXE, meskipun begitu versi ini mungkin tidak sama seperti mana yang dijumpai di dalam Windows 9x.

Jika anda menyunting data secara langsung menggunakan penyunting registry, perubahan akan berlaku dengan serta merta. Sebaliknya jika terdapat proses aplikasi lain sedang membuat perubahan registry ketika penyunting registry dibuka, penyunting akan menerima perubahan baru pada masa yang sama dengan menekan butang F5.

Remote Registry
Selain menyunting registry pada mesin sendiri, Microsoft Registry Editor juga boleh mengakses registry pada komputer lain di dalam network. Jika mesin anda dan komputer remote menggunakan Windows NT/2000/XP, proses ini boleh dilakukan secara terus. Tetapi jika kedua-dua komputer menggunakan Windows 9x, anda perlulah memasang (install) servis Remote Registry. Untuk maklumat lanjut cara untuk melaksanakannya, sila baca Artikel Q141460 di dalam Microsoft Knowledge Base.

Setelah anda memasang (install) komponen yang diperlukan, anda boleh mengakses registry komputer lain dengan memilih Connect Network Registry dari menu File (lihat Rajah 2 dibawah dan terus menyunting registry komputer lain sama sepertimana anda lakukannya pada mesin sendiri. Apabila selesai, pilih semula menu File dan klik Disconnect Network Registry.

Shutdown automatik

Shutdown Windows secara automatik

  1. Klik Start -> Settings -> Control Panel
  2. Pilih ikon Scheduled Tasks
  3. Klik Add Scheduled Task
  4. Klik Next
  5. Klik Browse
  6. Dalam kekotak "Select Program to Schedule", diruang Filename masukkan arahan:
    %SYSTEMROOT%\System32\shutdown.exe
  7. Klik Open
  8. Namakan tugas ini sebagai "Shutdown" atau apa sahaja nama yang sesuai.
  9. Buat pilihan kekerapan bagi proses shutdown ini:
    * Daily
    * Weekly
    * Monthly
    * One time only
    * When my computer starts
    * When I Log on
  10. Klik Next
  11. Pilih masa dan waktu shutdown. Klik Next
  12. Masukkan username dan password bagi akaun Administrator. Klik Next.
  13. Tandakan pada opsyen "Open advanced properties for this task when I click Finish" dan klik Finish
  14. Dalam kekotak shutdown, tambahkan -s pada ruang Run:
    %SYSTEMROOT%\System32\shutdown.exe -s
  15. Klik OK

Menghitung IPK!!!

Suatu hari saya bertanya kepada teman saya “Bagaimana cara menghitung IP sehingga menghasilkan nilai???” dan teman saya menjawab nilai mutu “A” bernilai 4 “B” bernilai 3 “C” bernilai 2 “D” bernilai 1 dan “E” bernilai 0 setelah itu kalikan jumlah SKS dan dibagi jumlah SKS keseluruhan mata kuliah. Sungguh rumit bukan apabila kita akan menghitung IPK keseluruhan dan rencana2 nilai yang kita inginkan di semester2 berikutnya.

SEMESTER I

SEMESTER II

No

Kode

Mata Kuliah

Nilai

SKS

NA

No

Kode

Mata Kuliah

Nilai

SKS

NA

1

Manajemen Sumber Daya Manusia

B

3

9,0

1

Ekonomi Manajerial

B

3

9,0

2

Manajemen Koperasi

A

3

12,0

2

Akuntansi Manajemen

B

3

9,0

3

Etika Bisnis

A

3

12,0

3

Perilaku Organisasi

B+

3

9,9

4

Statistik II

A

3

12,0

4

Sistem Informasi Manajemen

A

3

12,0

5

Mikro Ekonomi

C+

3

7,0

5

Riset Operasi

A-

3

11,1

6

Manajemen Keuangan Lanjutan

B

3

9,0

6

Pengantar Ilmu Ekonomi Makro

A

3

12,0

Total

18

60,99

Total

18

63

Indeks Prestasi (IP)

3,39

Indeks Prestasi (IP)

3,50

Nah contoh diatas adalah contoh bagaimana cara menghitung IPK dengan tinggal memasukan nilai mutu saja. Aplikasi ini dibuat menggunakan Excel ,saya yakin kalian juga bisa membuatnya tetapi kebanyakan kalian tidak punya waktu untuk membuatnya.

Nah pada kesempatan ini saya akan menuliskan rumus-rumus untuk menghitung IPK seperti pada tampilan contoh diatas pada kolom NA kamu harus menuliskan rumus :

=IF(D7="A";E7*4;IF(D7="A-";E7*3,7;IF(D7="B+";E7*3,3;IF(D7="B";E7*3;IF(D7="B-";E7*2,7;IF(D7="C+";E7*2,33;IF(D7="C";E7*2;IF(D7="D";E7*1;))))))))

Dengan syarat (D7=kolom nilai, E7=SKS) kalian dapat mengganti D7 dan E7 sesuai dengan fakta pada saat kamu membuat kembali tampilan seperti diatas. Dan kolom-kolom berikutnya kalian bisa copy paste pada rumus yang telah kamu buat di sel NA pertama.

Untuk rumus Total SKS kamu tinggal menulis rumus :

=SUM(E7:E12)

Dengan syarat (E7= kolom SKS pertama, E12= kolom SKS terakhir)

Begitu juga dengan rumus Total NA kamu tinggal menulis rumus :

=SUM(F7:F12)

Sedangkan untuk rumus Indeks Prestasi (IP) tuliskan rumus :
=F13/F13

Dengan syarat total NA dan total SKS berada di cell ke 13

Nah kalian sudah bisa menghitung nilai IP per semester . Mungkin dalam benak kalian bertanya bagaimana cara nya menghitung IPK . saya akan memberi rumus untuk menghitung IPK keseluruhan . Apabila kalian sudah menghitung nilai IP beberapa semester, Maka buat cell baru dengan tulisan IPK sebenarnya bebas seh mau nulis apa juga tapi yang saya ambil contoh adalah IPK lalu tuliskan rumus :

=SUM(L18;F30;L30;F42;L42;F54;L54)/SUM(K18;E30;K30;E42;K42;E54;K54)

Dengan syarat SUM(L18;F30;L30;F42;L42;F54;L54) adalah sebagai total NA setiap semester dan

SUM(K18;E30;K30;E42;K42;E54;K54) adalah sebagai total SKS setiap semester .

NB: rumus yang saya buat adalah berdasarkan cell yang ada dalam excel saya, jadi kemungkinan besar rumus di excel kamu akan berbeda tetapi hanya berbeda cellnya saja rumus seperti pembagian dan yang lainnya harus sama.. SELAMAT MENGHITUNG IPK!!!